SILA ISI BORANG dibawah UNTUK maklumat KENDERAAN ANDA

AIQQU-JUAL-BELI-KERETA-SABAH

3 Langkah Menjual KERETA anda

Isi Maklumat

Bagi maklumat lengkap mengenai kereta anda kepada kami

Kami akan nilai kereta anda secara PERCUMA

Pemeriksaan kereta

Pemeriksaan kereta adalah PERCUMA

Sebut harga kereta PERCUMA

Terima tunai

Anda akan menerima bayaran yang tinggi dari kami melalui pemindahan segera

Pembayaran dalam Masa 24 jam

KENAPA memilih kami

jual beli kereta sabah

Menjimatkan masa ANDA

kami membeli kereta anda dengan mudah, tanpa anda perlu membuang masa yang banyak

Pemeriksaan Percuma AIQQU

Pemeriksaan kereta adalah PERCUMA

Pemeriksaan kereta dan sebutharga PERCUMA.Perkhidmatan dan layanan yang mesra Maklum balas yang pantas

 

Pengalaman Bertahun

Selamat dan dipercayai , Mempunyai pengalaman bertahun dalam perkhidmatan membeli kereta pelanggan

AIQQU AUTOMOBILE

Cawangan Suria Inanam sabah

Berada di tepi jalan besar menuju ke bandar kota kinabalu dan berlamat di 

NO B-2-15, LOT 15, 2ND FLOOR
BLOCK B, SURIA INANAM,
88450  KOTA KINABALU, SABAH

PELANGGAN AIQQU AUTOMOBILE
AIQQU AUTOMOBILE
AIQQU AUTOMOBILE
signboard aiqqu automopbile

Cawangan Kepayan Sabah

Berada berhadapan dengan RTM sabah dan beralamat di

JALAN KG KEPAYAN , JALAN LINTAAS KEPAYAN KOTA KINABALU SABAH

SHOWROOM-KEPAYAN-2
PELAMGGAN MENJUAL KEPADA AIQQU AUTOMOBILE

Apa kata pelanggan

Elizebeth Irene

Terima kasih, perkhidmatan yang sangat baik. Harga yang saya terima untuk kereta saya sangat memuaskan hati”

Ariq wafi

“Perkhidmatan pembelian kereta yang terbaik bagi saya, saya pasti akan mensyorkan Aiqqu kepada rakan-rakan saya. Harga yang saya terima sangat berbaloi, terima kasih!”

Nur Mia Ariqa

“ layanan dan perkhidmatan yang sangat mesra, saya dapat menjimatkan masa dalam menjual kereta saya dengan sangat mudah. Harga yang saya terima adalah sangat berbaloi dan saya berpuas hati, terima kasih.”

Bantuan Perkhidmatan

Soalan Lazim

Langkah 1                
isikan maklumat kenderaan anda pada borang atas talian di halaman utama. Egen kami yang berpengalaman akan membimbing anda sepanjang proses penjualan kereta anda.

Langkah 2 :
setelah kami menerima maklumat anda, anda boleh menetapkan masa temu janji untuk perkhidmatan pemeriksaan kereta secara percuma bersama kami  mengikut masa dan keselesaan anda.

Langkah 3
setelah kami telah bersetuju untuk menerima harga tertinggi yang anda berikan, kami akan membimbing anda sepanjang proses penyerahan. Anda hendaklah menyerahkan kereta tersebut beserta dokumen dalam tempoh 5 hari berkerja.

Pemeriksaan kereta

Apabila kami telah menerima maklumat kereta anda, kami akan menghubugi anda agar anda boleh terus menentukan tarikh temu janji bagi membolehkan salah satu wakil dari pihak Aiqqu akan datang ke lokasi anda.

Tarikh dan masa adalah berdasarkan keselesaan anda. Semasa temujanji anda, wakil dari syarikat kami akan menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan anda, bagi memastikan maklumat yang anda berikan adalah sahih dan bagi memastikan anda mendapat harga yang terbaik.

Perkhidmatan membeli kereta yang kami tawarkan mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam penilaian kereta dan mengetahui segala harga kenderaan terkini di dalam pasaran, oleh itu anda tidak perlu risau lagi mengenai harga yang terbaik bagi kenderaan anda. Kami akan mengambil semua maklumat dari pelbagai aspek dari kereta anda untuk mendapatkan penilaian yang tepat.

Apakah yang akan berlaku semasa pemeriksaan kereta?

Antara tujuan utama temu janji anda bersama Aiqqu adalah bagi tujuan pemeriksaan. Ini adalah peluang bagi kami untuk memeriksa kereta anda dan memastikan maklumat yang anda berikan dalam talian adalah sama dengan spesifikasi dan keadaan kerata anda apabila kami melihatnya secara bersemuka.

Salah satu daripada wakil kami akan memeriksa sama ada penilaian awal adalah benar ataupun memerlukan perubahan. Kami boleh menawarkan kepada anda satu penilaian baru yang tepat. Kami hanya dapat menawarkan harga akhir kepada anda selepas pemeriksaan dijalankan.

Telah menjadi tugas kepada wakil kami yang berpengalaman bagi memeriksa kereta anda dan menjalankan sebarang pemeriksaan lain yang berkaitan secara percuma.

Bahagian luaran

Bahagian luaran kereta hendaklah diperiksa dengan teliti. Panel,pintu dan bumper akan diperiksa sekiranya ada sebarang kesan penyek, calar atau tanda yang boleh mempengaruhi harga kereta tersebut.

Enjin

Kami tidak dapat membeli sebarang kereta yang tidak dapat bergerak (kereta yang tidak dapat dihidupkan). Oleh itu enjin kereta perlu dihidupkan bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.

Stereng dan brek

Semasa pemeriksaan dijalankan, pekerja kami akan menjalankan sesi percubaan memandu yang singkat bagi memeriksa stereng dan brek kereta.

Apabila kereta telah diperiksa dan semua pemeriksaan telah dibuat. Kami boleh menentukan harga akhir yang tepat kepada anda, dan jika anda berpuas hati, kami akan membeli kereta anda di tempat dan pada masa yang sama.

  • Kunci ( termasuk kunci simpanan )
  • Kad pendaftaran kereta asal
  • Permit kelulusan (jika berkaitan)
  • Buku perkhidmatan kereta / warranti ( jika berkaitan)
  • Surat penyelesaian pinjaman ( jika berkaitan)
  • Borang kebenaran penyelesaian pinjaman ( jika berkaitan)
  • Bayaran akan dibuat dalam tempoh 24 jam berkerja kepada akaun peribadi pemilik kereta melalui Interbank Trasnfer ataupun Interbank Giro tidak termasuk cuti umum

Adakah caj bagi proses transaksi

Ya. Anda dikehendaki untuk membayar caj pengendalian RM500 untuk penjual persendirian atau mana-mana kereta yang didaftarkan dengan nama peribadi.

Caj ini hanya dikenakan selepas anda bersetuju untuk menjual kereta anda kepada kami dengan harga yang kami tawarkan dan selepas proses penjualan kereta anda selesai.

Walaubagaimanpun, pemeriksaan dan penilaian kereta kami berikan kepada anda secara percuma.

Adakah sebarang caj akan dikenakan jika saya membatalkan penjualan kereta saya?

Tidak ada sebarang caj akan dikenakan jika anda melakukan sebarang pembatalan awal untuk menjual kereta anda.

Berapakah nilai kereta saya ? 

Agak sukar untuk menentukan harga apabila anda ingin membuat penjualan kereta terpakai anda dengan harga yang terbaik. Harga permulaan yang terlalu tinggi akan menangguh pembelian kereta anda, tetapi penawaran harga yang terlalu rendah juga akan mendatangkan risiko kepada anda untuk mengalami kerugian.

Dalam alternatif lain, anda juga boleh mencari perunding untuk menukar bahagian kenderaan anda, tetapi harga yang tawarkan akan lebih rendah daripada nilai kereta anda kerana mereka ingin mendapatkan keuntungan.

Dengan kami, kami telah memudahkan setiap langkah bagi anda untuk mendapatkan harga yang terbaik.

Bagaimana cara untuk meninggikan nilai kereta saya

Terdapat beberapa langkah yang boleh membantu anda untuk meningkatkan nilai kereta anda, di bawah adalah beberapa langkah yang anda boleh lihat untuk membantu meningkatkan harga kereta anda.

Servis kereta anda
Bawa kereta anda kepada yang berkemahiran untuk memastikan kereta anda mendapat servis terlebih dahulu. Perubahan yang sedikit mampu membawa perubahan besar kepada harga kereta anda.

Semak bahagian yang penting 
Perkara kecil seperti minyak dan paras air dan bahagian elektronik yang boleh mempengaruhi nilai kereta anda.

Pastikan kenderaan anda kelihatan baik
Bersihkan kereta anda dengan terperinci agar kenderaan anda kelihatan lebih menarik

Kumpulkan rekod kenderaan anda
semakin banyak rekod servis kereta anda yang terdahulu, semakin tinggi nilai kereta anda.

Lain – lain

Peralatan seperti kunci kereta simpanan boleh membantu meningkatkan harga kereta anda.

Cara meningkatkan nilai kereta anda
Sebelum anda menentukan temu janji bersama kami , anda boleh membuat pemeriksaan ke atas kenderaan anda agar anda mendapat harga yang terbaik apabila anda menjual kereta anda.

Perbaiki kekurangan yang ketara pada kereta anda
Anda boleh memperbaiki apa-apa kerosakan kecil atau pun kesan calar pada kereta anda sebelum berlangsungnya temu janji .

Memperbaiki kerosakan yang ketara hingga ke luaran kereta akan membantu meningkatkan nilai kereta anda, asalkan anda tidak membelanjakan jumlah yang terlalu banyak untuk memperbaiki kekurangan yang ketara pada kereta anda.

Contohnya, cip kaca hadapan kenderaan anda boleh dibaiki di bawah tangunggan insuran tanpa memerlukan anda mengeluarkan apa apa kos. Selain itu, memperbaiki kerosakan kecil seperti kesan penyek pada badan kenderaan anda. Langkah ini akan membantu meningkatkan nilai kenderaan anda.

Bersihkan bahagian dalam kereta anda dengan telitiMembersihkan kenderaan anda akan membawa kesan yang ketara pada kenderaan anda dan harga yang ada akan dapat. sangat berbaloi jika hanya dengan meluangkan sedikit masa bersama alat pembersih anda boleh mendapatkan harga yang lebih baik.

Mempersembahkan kenderaan anda dalam keadaan yang bersih akan membantu anda mendapatkan bayaran yang lebih tinggi. Jika anda tidak dapat membersihkan kenderaan anda dengan sendiri, anda boleh menghantar kenderaan anda kepada perkhidmatan pembersih kenderaan.

Pastikan anda memeriksa bahagian yang penting
Langkah lain yang hanya memerlukan kos yang rendah dalam menyediakan kenderaan anda sebelum menjualnya, adalah dengan memeriksa bahagaian yang penting seperti tayar dan lampu amaran.

Adalah penting juga untuk anda memeriksa elektrik, minyak, penyejuk dan paras cecair brek. Dengan mengikuti nasihat kami, anda pasti akan mendapatkan harga yang lebih baik apabila anda memasukkan semua maklumat anda yang diperlukan bagi penilaian percuma dalam talian anda ataupun apabila anda datang untuk pemeriksaan terakhir anda.

Bagaimana jika kereta saya mempunyai bayaran tertunggak di bank?

Aiqqu menerima semua jenis kereta terpakai walaupun dengan bayaran tertunggak di bank. Egen kami yang berpengalaman akan membimbing anda sepanjang proses menyelesaikan pinjaman bank anda tanpa sebarang kerumitan. Sila isikan maklumat kereta anda untuk pemeriksaan yang percuma dan anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lebih lanjut.

 

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau untuk maklumat lebih lanjut anda boleh terus menghubungi kami.

Talian: 016 777 6639
e-mail: aiqquglobal@gmail.com

Alamat :

CAWANGAN INANAM 

NO B-2-15, LOT 15, 2ND FLOOR
BLOCK B, SURIA INANAM,
88450  KOTA KINABALU, SABAH

CAWANGAN PUTATAN 

JALAN KG KEPAYAN , KG KEPAYAN PENAMPANG 
88000 KOTA KINABALU SABAH